Sunday, September 28, 2014

SETIAP MASALAH ADA PENYELESAIANNYA

Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan Berasa sangat keliru untuk membuat keputusan? Benar?
Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini. Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut.
Hasilnya, saya akan bertambah serabut. =.=’
Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar  masalah yang dirasakan.
Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut
Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda  rasa apa yang kita dapat?
- Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.
Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah tersebut.

Bersederhana
Saya mendapati perkara ini benar. Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.
Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan. Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah yang dihadapi. Cuma bersederhana.
Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”
Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas untuk  menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga

5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah
1. Fokuskan kepada Penyelesaian
Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak  tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah.
Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.
Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?

2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif
Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.
Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan perhatian kita.
Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusI dalam menyelesaikan masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.

3. Sentiasa berfikiran terbuka
Sangat penting! Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian masalah.
Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.

4. Permudahkan masalah!
Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan. Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.
Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang  mudah
Strategi ini selalunya menjadi!

5. Ubah Cara pemikiran
‘You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”  
Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah tersebut.  Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru. Walaupun  merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan baik
 Selamat menyelesaikan masalah!
Semoga cara diatas dapat membantu mempermudahkan anda menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.

RAHSIA KEKAYAAN SUDAH TERBONGKAR

MAI NAK BAGITAU SATU CERITA
Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Tuesday, September 23, 2014

MANCHESTER UNITED KU

PASUKAN MAN.UNITED DI BAWAH KENDALIAN LUIS VAN GAAL SEDANG TEUMBANG AMBING WALAUPUN JIKA DILIHAT DARI SEGI PEMAIN,MEREKA TERDIRI DARI PEMAIN HANDALAN.BERIKUT KESEBELASAN UTAMA BUAT MASA SEKARANG.
DI HARAP MAN.UNITED AKAN BANGKIT KEMBALI MEREBUT TAKHTA LIGA PERDANA INGGERIS

KASUT UNTUK DIJUAL MURAH2

JANGAN LEPASKAN PELUANG HARGA PROMOSI UNTUK KASUT NEW BALANCE BRAND KASUT YANG SEMAKIN DIGILAI RAMAI.SESUAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN
JIKA DI KOMPLEK KARAMUNSING IA DILETAKKAN DENGAN HARGA RM80 TAPI JIKA AMBIL DENGAN SAYA HANYA SEKITAR RM60
ITUPUN BOLEH NEGO LAGI.
SEKIRANYA BERMINAT SILA TINGGALKAN KOMEN