Pernahkah anda menghadapi satu masalah
hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat
solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda
tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan Berasa sangat keliru untuk
membuat keputusan? Benar?
Saya juga kerap mengalami situasi seperti
ini. Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut.
Hasilnya, saya akan bertambah serabut.
=.=’
Semakin saya berfikir, semakin fikiran
saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar masalah yang
dirasakan.
Jangan terlalu memikirkan masalah
tersebut
Bila kita terlalu memberikan tumpuan
kepada masalah tersebut, anda rasa apa yang kita dapat?
- Sebenarnya lebih banyak masalah yang
kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita
memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.
Malah kita akan membungkuskan sekali diri
kita dengan masalah tersebut.
Bersederhana
Saya mendapati perkara ini benar. Jalan
terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.
Kesederhanaan anak membuang segala
kerumitan. Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan
terus masalah yang dihadapi. Cuma bersederhana.
Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim,
Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”
Alhamdulillah, saya telah menjumpai
beberapa strategi yang ringkas untuk menyelesaikan kebanyakkan masalah,
Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya
kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga
5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk
Menyelesaikan Masalah
1. Fokuskan kepada Penyelesaian
Fokus pada penyelesaian – bukan
masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak
tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada
masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang
potensi otak untuk menyelesaikan masalah.
Bukan bermakna kita harus mengabaikan
masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan
kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.
Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat
menjadi penyelesaian?
2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu
yang negatif
Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya
satu peluang.
Ya, satu peluang untuk meningkatkan
keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana
kita memfokuskan perhatian kita.
Oleh itu hadapilah masalah ini secara
tenang dan tanpa ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusI dalam menyelesaikan masalah, di
saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
3. Sentiasa berfikiran terbuka
Sangat penting! Sangat penting untuk
sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif
untuk mencari penyelesaian masalah.
Jangan terasa “janggal” apabila
mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya
idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah
yang dihadapi.
4. Permudahkan masalah!
Ringkaskan masalah tersebut dengan
membuat kesimpulan. Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih
besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa
merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah
kepada kita.
Cuba meringkaskan setiap perkara dengan
satu penyelesaian yang mudah
Strategi ini selalunya menjadi!
5. Ubah Cara pemikiran
‘You cannot dig a hole in a different
place by digging it deeper.”
Tukar cara pendekatan kita melihat
sesuatu masalah tersebut. Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru.
Walaupun merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang
penyelesaian fresh dan baik
Selamat menyelesaikan masalah!
Semoga cara diatas dapat membantu
mempermudahkan anda menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.